Friday, February 13, 2009

Valentine Day (14feB)



Hari Santo Valentine, Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih ialah satu hari yang memperingati Santo Valentine pada 14 februari sebagai hari tradisi yang mana para kekasih meluahkan rasa cinta sesama sendiri; menghantar kad valentine, menderma atau menghadiahkan gula-gula (manisan).

Kisah di sebalik Valentine

Pada 270 sebelum masihi., perkahwinan adalah dilarang di Rom, diarahkan oleh Claudius II,Raja Rome di masa itu. Claudius bimbang kerana dia berfikir lelaki yang telah berkahwin boleh membawa bencana kepadanya kerana dia menganggap dia akan kekurangan askarnya disebabkan semua askarnya balik kerumah semasa peperangan. Jadi , Claudius telah melarang penganut kritian berkahwin. Valentine membantah titah Raja Rom tersebut dan menyatakan bahawa keputusan itu adalah salah dan satu keputusan yang mengarut. Dia percaya bahawa semua orang sepatutnya bebas untuk bercinta dan berkahwin. Valentine telah menjemput pasangan muda di kawasan nya untuk turut serta dengannya. Semasa mereka tiba, Valentine menawarkan khidmat untuk memasangkan dan mengahwinkan mereka.

Namun,Valentine telah ditangkap dan dihadapkan kepada Raja Rom. Raja Rom berpendapat bahawa Valentine akan mengajak dan memujuk askar-askarnya untuk memberontak. Claudius cuba dan cuba untuk memujuk Valentine agar meninggalkan agamanya, dan berkhidmat untuk Raja Rom dan ketuhanan Rom. Sebagai janji, Claudius akan memaafkannya dan melantik Valentine sebagai pahlawannya. Valentine tetap dengan keputusannya. Disebabkan kedegilan Valentine, Raja Rom telah mengenakan tiga jenis hukuman ke atas Valentine. Pertama, Valentine dipukul, kemudian dihempap batu, dan akhirnya,dipancung. Valentine meninggal dunia pada February 14th, 270 sebelum masihi.

Semasa di penjara, menunggu untuk hukumannya, Valentine telah jatuh cinta dengan anak perempuan penjaga penjara, Asterius,si gadis buta. Semasa dipenjara, satu keajaiban telah berlaku dimana Asterius telah boleh melihat. Sebelum pergi untuk menjalani hukuman,Valentine telah mengirimkan surat pemergiannya kepada Asterius. Dia menandatangi surat tersebut dengan, "From Your Valentine." sehingga hari ini, mesej tersebut diguna sebagai motto untuk sambutan Hari Valentine..

2 comments:

  1. Dont 4get to leave ur comment....

    ReplyDelete
  2. Walaupun byk kabar angin, asal-usul valentine nie ada kaitan ngan islam~
    sy yakin krana research yg sy buat ,sy dpti asal usul valentine nie x da kaitan ngan islam ~..(islam menegah umatnya dating2 ~itu kaitan nya la~dosa~)
    klo korang x caya... search kat mana artikel atau pon buku2 pedia~

    ReplyDelete