Friday, February 13, 2009

Apa itu Indie?



Perkataan Indie berasal dari perkataan inggeris "independent" bermaksud bebas..
So, ini bermaksud satu kumpulan muzik bebas mencipta lagu berunsur subbudaya , dan membuat hasil karya sendiri ( Do it Yourself- DIY)..
Indie yang bermaksud bebas nie~ x terikat dengan mana-mana syarikat rakaman. (contohnya, EMI,SRC)
[indie band sebenar tak join syarikat rakaman , itu lah erti kebebasan yang sebenar untuk pemuzik indie]


Sejarah Ringkas Indie~

Pada akhir tahun 1960, satu kumpulan muzik telah mengabungkan rentak dan menghasilkan lagu daripada pop,rock and roll dan sedikit R&B. Lagu hasil gabungan rentak yang unik ini mempunyai penyampaian mesej yang mendalam. Pemuzik Indie di masa itu, mencipta lirik berunsur kedamaian dan anti peperangan. Oleh kerana pemuzik indie adalah satu kumpulan yang bebas, mereka sering dianggap sebagai penyanyi jalanan. Namun, muzik ini mula popular dan digemari ramai bila wujudnya satu kumpulan muzik yang mengelar diri mereka sebagai "Velvet Underground".
Pada pertengahan tahun 1970, muzik indie mula menular di seluruh dunia.
Dan pada tahun 1993, muzik indie ini telah masuk ke Malaysia dan dipopularkan oleh kumpulan Butterfinger.
Sehingga lah sekarang, banyak band muzik tanah air mula mendendangkan lagu berentak indie (seperti Hujan, MUH dan sbginya).

Beza Indie dulu dan sekarang

DULU-Indie di masa dulu mendendangkan lagu berunsur kemerdekaan, kebebasan, anti peperangan, kedamaian..
SEKARANG- mendendangkan lagu berunsur cinta,kegemilangan, kehidupan, kesedihan.

DULU- di atas pentas jalanan, mengembara, dan populoriti dikalangan saudara,rakan-rakan,dan peminat muzik.
SEKARANG- di atas pentas istimewa, populoriti lagi besar dan mendapat penghargaan.

1 comment:

  1. honestly~~
    sy x anggap kumpulan indie yg dibawah syarikat rakaman~ ada lah INDIE

    ReplyDelete